UNIT 1: SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA’
BIODATA SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA’
- Nama : Fatimah binti Muhammad Rasulullah (Puteri bongsu Rasulullah)
- Keturunan: Quraisy
- Tarikh Lahir: 20 Jamadil Akhir (5 tahun sebelum Rasulullah menerima wahyu)
- Tempat Lahir : Mekah al-Mukarramah.
- Gelaran : Az-Zahra’ ( Putih berseri)
- Nama Suami : Ali bin Abi Talib.
- Nama Anak : Hassan, Hussain dan Zainab.
- Tarikh Wafat : 4 Jamadil Awal 11 Hijrah (6 bulan selepas kewafatan Rasulullah)
- Umur Ketika Wafat : 28 tahun.
- Tempat Dimakamkan : Al-Baqi’ di Madinah al-Munawwarah.
SIFAT MULIA SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA’
1. Sabar menghadapi musibah
kematian keluarga.
- Bersabar menghadapi kematian ibunya Saidatina Khadijah, kakaknya Ruqayyah, Zainab dan Umi Kalsum.
- Mengambil tempat ibunya menjaga Rasulullah.
- Bersabar atas kematian ayahandanya Rasulullah (orang yang paling disayanginya)
2. Mentaati ayahandanya.
- Menjaga ayahandanya selepas kematian ibunya.
- Menjaga makan minum dan pakaian ayahandanya seperti ibunya sehingga mendapat panggilan timangan oleh Rasulullah dengan (Ummu Abiha) yang bermaksud (ibu kepada ayahnya).
- Tidak berkahwin sehingga ayahandanya berkahwin dengan Saidatina Aisyah.
- Walaupun mas kahwin yang diberikan tidak mahal, beliau mentaati keputusan ayahandanya.
3. Reda menghadapi kesusahan.
Walaupun sering kekurangan makanan, beliau tetap menghadapinya dengan reda.
4. Taat kepada suami.
- Setia kepada suaminya sejak awal perkahwinan walaupun menerima mas kahwin yang rendah.
- Menjaga maruah sebagai seorang isteri dan tidak pernah keluar rumah tanpa mendapat keizinan suaminya.
- Membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti.
- Beliau tidak pernah ingkar suruhan suaminya.
- Sentiasa menyokong perjuangan suaminya menjalankan dakwah bersama-sama Rasulullah.
5. Berjaya mendidik anak- anaknya.
- Hassan, Hussain dan Zainab tidak pernah membantah dan menderhaka kepada Saidatina Fatimah dan Saidina Ali.
- Hassan dan Hussain dipilih oleh Allah menjadi “ " سيدا شبا اهل الجنة iaitu ketua pemuda ahli syurga.
- Anak perempuannya iaitu Saidatina Zainab mengadakan majlis pengajian khusus untuk wanita menjadi seorang pejuang bersama Saidatina Hussain di Karbala’ dan merupakan ahli sasterawan Islam pada zamannya.
- Ramai keturunan beliau menjadi ulamak dan tokoh ilmuan Islam hingga akhir zaman.
6. Tidak berbangga walaupun anak
Rasulullah.
- Tidak tamak menggunakan harta baitul-mal untuk kepentingan peribadi.
- Tidak mengambil kesempatan mendesak Rasulullah memberi khadam (orang suruhan) kepadanya walaupun hidupnya susah.
- Sanggup menerima tetamu walaupun dari kalangan anak yatim, orangmiskin dan tawanan perang (beliau dan suaminya sanggup menahan lapar kerana menghidangkan makanan kepada tetamu)
7. Bertanggungjawab semasa ayahandanya
sakit.
- Sentiasa berada di samping Rasulullah ketika baginda sakit.
- Amat mengambil berat dengan merawat dan menjaga makan minum baginda.
- Ketika berumur 10 tahun, beliau membersihkan kepala dan belakang Rasulullah yang berlumuran najis kerana dilontar oleh musyrikin Quraisy ketika baginda sedang sujud berdekatan Kaabah.
SUMBANGAN SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA’
1. Menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah ketika baginda menerima tekanan dan tentangan musrikin Quraisy.
2. Sentiasa memberi bantuan semasa Rasulullah menjalankan dakwah.
3. Membantu suaminya Saidina Ali bin Abu Talib menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan perang.
4. Bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.
5. Menyediakan makanan untuk wanita Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.
FAEDAH MENCONTOHI PERIBADI SAIDATINA FATIMAH
Sifat Peribadi | Faedah Mencontohi |
Anak yang solehah | ○Mendapat keredaan Allah. ○Mendapat restu daripada ibu bapa. ○Kehidupan diberkati Allah. ○Maruah ibu bapa terpelihara. ○Kehidupan ibu bapa semasa tua terjamin. |
Isteri yang taat. | ○Rumah tangga aman dan bahagia. ○Menjadi motivasi dalam kerjaya suami. ○Menjadi contoh kepada masyarakat. ○Mendapat rahmat & kasih sayang Allah. ○Disegani dan dihormati oleh masyarakat. |
Ibu yang penyayang. | ○Anak mendapat kasih sayang sempurna. ○Memberi pendidikan yang lengkap dan sempurna kepada anak-anak. ○Melahirkan anak-anak soleh yang menjadi pemimpin masyarakat & negara. ○Anak akan memberi syafaat pada hari akhirat atas pendidikan yang diberikan |
TAMADUN
Wanita Islam bersama-sama dengan kaum lelaki dalam memainkan peranan memartabatkan Negara Islam. Wanita yang berakhlak mulia dapat melahirkan generasi yang berakhlak tinggi dan mempunyai semangat pengorbanan yang hebat. Tangan yang menghayun buaian dapat melahirkan generasi yang menggoncang dunia.
KUIZ
- Nyatakan biodata Saidatina Fatimah Az-Zahra secara ringkas. (4m)
- Senaraikan empat sifat terpuji Saidatina Fatimah Az-Zahra. (4m)
- Jelaskan bagaimana Saidatina Fatimah Az-Zahra menjalani kehidupan dengan sabar dan reda. (4m)
- Terangkan peranan Saidatina Fatimah Az-Zahra membantu perjuangan Rasulullah dalam peperangan Uhud dan Khandak. (4m)
- Huraikan tiga faedah mencontohi peribadi Saidatina Fatimah sebagai seorang anak yang soleh. (6m)
Apakah jawapan untuk Kuiz no.3 dan 4???
ReplyDelete