RUKHSAH SOLAT
SOLAT KETIKA SAKIT
Maksud rukhsah: Kemudahan yang diberikan oleh Islam kepada umatnya untuk melakukan ibadat dalam keadaan tertentu.
Maksud Solat Ketika Sakit
Menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikannya secara biasa.
KAIFIAT / CARA SOLAT KETIKA SAKIT
Ada 5 cara:
- Secara Duduk
Caranya
· Duduk dalam keadaan iftirasy iaitu seperti duduk antara dua sujud.
· Rukuk hendaklah ditundukkan kepala iaitu dahi berada setentang dengan tempat sujud.
· Sujud dilakukan seperti biasa.
2. Secara Mengiring
Caranya:
- Baring dalam keadaan mengiring di atas rusuk sebelah kanan.
- Muka dan dada hendaklah mengadap kiblat.
- Rukuk dan sujud hanya dilakukan menerusi isyarat kepala.
Caranya:
- Berada dalam keadaan berbaring sambil menelentang.
- Kaki menghala ke kiblat.
- Kedudukan kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat dapat mengadap kiblat.
- Rukuk dan sujud hanya dilakukan melalui isyarat kepala.
4. Secara Isyarat Kelopak Mata
Caranya:
- Berada dalam keadaan berbaring sambil menelentang.
- Kaki menghala ke arah kiblat.
- Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata.
- Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata.
- Secara Ingat Di Dalam Hati.
Caranya:
- Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati pergerakan mengikut tertib rukun.
Laman Nurani
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi bermaksud: “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya beerti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, beerti dia telah meruntuhkan agama.”
Hikmah Rukhsah Solat Ketika Sakit
- Menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang mudah.
- Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang keadaan.
- Membuktikan bahawa Allah sayangkan hambaNya.
Sebab Diwajibkan Solat Walaupun Ketika Sakit
- Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam.
- Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.
- Solat sebagai penawar kepada sakit.
- Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah.
- Supaya hidup dan mati dalam iman.
PERBEZAAN RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT DAN MUSAFIR
Cara Solat | Rukhsah ketika Sakit | Rukhsah Ketika Musafir |
Keadaan Solat | Dilakukan mengikut keupayaan pesakit sama ada secara duduk, berbaring mengiring, menelentang, isyarat mata atau isyarat hati. | Boleh dilakukan secara jamak, qasar atau kedua-duanya sekali. Harus juga dilakukan secara sempurna. |
Tempoh pelaksanaan | Sepanjang berada dalam keadaan sakit. | Semasa berada dalam musafir. |
GALERI ILMU
Renungkan kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang bermaksud: “Hitunglah diri kamu sebelum diri kamu dihitung dan dihisab, dan timbanglah amalan kamu sebelum amalan kamu ditimbang.”
KUIZ
- Nyatakan tiga hikmah disyariatkan rukhsah solat ketika sakit. (6m)
- Jelaskan maksud solat ketika sakit. (2m)
- Terdapat orang yang sengaja meringan-ringankan kefarduan solat.
- Bincangkan sebab terjadinya perkara ini. (4m)
Bicycle Classic - Titanium Hammers
ReplyDeleteBicycle Classic titanium nipple rings - Teton Hammers · The Best of Teton Hammers · Bicycle titanium comb Classic - A Classic Collection Teton Hammers · Teton Hammers · edc titanium Teton Hammers · Teton nipple piercing jewelry titanium Hammers · Teton Hammers. titanium tent stove
c842h8whhzh739 vibrating dildos,sex toys,dildos,love dolls,wolf dildo,women sex toys,double dildos,horse dildo,Panty Vibrators k254z2cabaa296
ReplyDelete